Berada jauh di kawasan pedalaman,
cukup memeritkan bagi anak murid di Sarawak untuk melangkah ke alam
persekolahan. Segalanya bergantung kepada wang dan iltizam. Dengan bangunan
sekolah yang usang serta prasarana yang kurang, amatlah sukar untuk anak-anak
ini memajukan diri dalam pendidikan jika dibanding dengan anak-anak di bandar.
Makmal komputer, stor sukan, akses internet, perpustakaan sekadar mimpi bagi
anak-anak pedalaman ini. Ketika anak-anak di bandar ditemani dan dihantar ibu
bapa ke sekolah setiap pagi dengan diberikan wang, anak-anak pedalaman seusia
enam atau tujuh tahun ini terpaksa
bermalam di asrama dan sekadar balik dua minggu sekali disebabkan rumah panjang
jauh dari sekolah. Mereka balik pada Jumaat dan pulang pada hari Ahad minggu
kedua dengan menaiki perahu melawan arus sungai sereta jeram yang deras.
Ketikan waktu cuti mahupun hujung
minggu semasa balik pula, anak-anak ini pergi membantu orang tua mereka menoreh
getah, pergi ke huma, pergi ke kebun lada serta ke sungai untuk memancing atau
menyelam ikan dijadikan lauk. Inilah rutin kehidupan mereka semasa musim cuti. Jauh
sekali mereka pergi beriadah dengan keluarga atau melancong atau membeli belah
atau pergi ke kelas tuisyen mahupun bermain permainan dalam handphone atau
kompeter seperti yang anak-anak di bandar rasai. Jangankan menggunakan benda
seperti itu, melihat pun mereka tidak pernah.
Sebagai anak pedalam tentu
merasakan diri jauh ketinggalan jika dibanding dengan rakan-rakan di bandar
ketika melangkah ke alam sekolah menengah. Mana kan tidak, mereka tidak
memperolehi apa yang rakan-rakan di bandar alami seperti perkembangan dalam
bidang ICT, isu-isu semasa dan banyak lagi. Oleh itu, jika anak-anak pedalaman
ini berjaya mendapat keputusan lulus dalam peperiksaan, ia adalah sesuatu yang
membanggakan dan jika mereka mendapat lapan atau sembilan A ke atas ia sesuatu
yang patut kita hormati dan diberi penghargaan. Kenapa?? Kerana amat sukar
untuk mereka mencapai keputusan seperti itu dengan tiadanya bahan rujukan
seperti buku dan internet serta kemudahan seperti perpustakaan, makmal komputer
serta ditambah pula dengan ibu bapa yang buta huruf serta tidak menjalani kelas
tambahan atau kelas tuisyen.
Satu cara kita mengeluarkan
anak-anak ini dari lembah kemiskinan dan menikmati hidup seperti masyarakat
lain yang berjaya adalah melalui
pendidikan. Oleh itu, penulis amat berharap serta berdoa agar guru-guru
yang dihantar ke kawasan pedalaman akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan
penuh amanah dan iltizam yang tinggi. Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil
berat tentang pendidikan anak-anak di pedalaman. Cakap saja, namun tidak
dilaksanakan, tiada tindakan, tidak akan
ada apa-apa perubahan. Anda telah menghianati anak-anak ini. Seorang yang
kejam, tiada rasa kasih sayang, tidak betanggungjawab, tiada integriti dan
patut berundur.
Ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sendiri
No comments:
Post a Comment