BETONG:
Bukan sahaja adat dan budaya tetapi bahasa Iban perlu dikembangkan
untuk pengiktirafan sebagai salah satu mata pelajaran dalam pendidikan
di Malaysia. Penganjuran seminar Budaya Iban dilihat landasan terbaik
menjurus ke arah perancangan untuk percambahan dan perkongsian ilmu
tentang budaya masyarakat Iban.
Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas
berkata peranan institusi pendidikan menawarkan bahasa Iban sebagai
kursus teras Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (PISPM) merupakan
satu dimensi baharu dalam pembangunan pendidikan bahasa Iban.
“Seminar
ini dapat memberi impak psikologi kepada graduan yang bakal menjadi
pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kebudayaan
Iban ke satu landasan lebih bermakna dalam konteks diskusi ilmiah,”
katanya pada penutupan Seminar Budaya Iban di sini Sabtu lalu.
Tambahnya,
pembangunan bahasa Iban sebagai bahasa diiktiraf di peringkat global
diakui memberi gambaran positif ke arah perubahan menjurus kepada minda
kelas pertama.
“Saya
mahu melihat lahirnya cendekiawan Iban menjadi profesor dalam bidang
pendidikan bahasa dan budaya Iban suatu hari nanti,” katanya.
Dalam
pada itu, sokongan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred
Jabu Numpang membangunkan budaya Iban menjurus kepada pengiktirafan
pendidikan bahasa Iban sebagai salah satu mata pelajaran elektif di
peringkat sekolah rendah dan menengah, kini semakin berkembang dan
ditawarkan sehingga ke peringkat universiti.
“Sebagai
seorang pelopor yang komited mengetengahkan bahasa Iban dijadikan
bahasa ilmu, Jabu selayaknya digelar ‘Bapa Bahasa Iban’ yang sentiasa
memberi sokongan terhadap setiap program yang dapat dilaksanakan.
“Sehinggakan beliau sendiri berjumpa Perdana Menteri agar memberi
pengiktirafan kepada bahasa Iban sebagai salah satu bahasa pengantar
ilmu di sekolah rendah dan menengah malah ke peringkat universiti,”
ujarnya.
Justeru,
kerajaan memperuntukkan RM2.4 juta bagi mencetak bahan pembelajaran dan
buku teks bahasa Iban. Dalam pada itu, lebih 400 peserta mengikuti
Seminar Budaya Iban selama dua hari di Pejabat Residen Betong dianjurkan
oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang dengan kerjasama
Persatuan Pembangunan Pendidikan Bahasa Iban(AEDIL).
Hadir
sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Residen Bahagian
Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah IPG Kampus Rajang Raymond Gai
Panting @ Gaie, Presiden AEDIL Dr Lambat Lindong, ketua- ketua jabatan
dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment